Tuesday, 14 August 2012

Tugasan

Cabaran Guru Semasa..


Tinta hati

Benarlah apa yang dikatakan dengan nama subjek bagi semester 8 kali ini, cabaran semasa. Bagi seorang yang tidak pernah mereka blog seperti saya. Tiba-tiba sahaja mendapat tugasan supaya membuat blog! Memang terkejut dan tidak pernah difikirkan membuat blog ini merupakan salah satu dari tugasan dan akan dinilai oleh pensyarah. Namun sesuai dengan tajuk subjek, CABARAN memang mencabar untuk membuat blog ini.

Cabaran,

Apabila mengaitkan guru dengan keadaan masa kini, tidak banyak guru menggunakan blog mereka sebagai salah satu cara untuk mengajar murid-murid. Oleh itu, memang seharusnya seorang bakal guru menyambut cabaran ini dengan membina satu blog yang dapat membantu murid-murid. Maka, peluang yang diberikan oleh IPGM ini akan saya sahut dan Insya-Allah akan dapat membantu bakal murid saya nanti ketika saya sudah ditempatkan ke sekolah.

Harapan,

Bukan sahaja bagi memenuhi kehendak tugasan yang diberikan, saya berharap blog ini akan saya terus gunakan sehingga bila-bila mengikut kesesuaian peredaran masa dan blog ini akan menjadi medan saya bagi berkongsi pengalaman sebagai seorang guru.



No comments:

Post a Comment