Friday, 31 August 2012

Salam Kemerdekaan

Hari ini merupakan hari kemerdekaan yang disambut oleh rakyat Malaysia.

Tema Kemerdekaan kali ini adalah Janji Ditepati...

Cuba teka berapa banyak jumlah jalur dalam bendera kita Jalur Gemilang?

Berapakah jumlah jalur putih? dan jalur merah?

Selamat Mengira!

Tema kemerdekaan pada tahun ini... 

Dengan menggunakan Matematik. Pada tahun berapakah Malaysia merdeka?

Selamat Mengira!

Wednesday, 29 August 2012

Membaca Kalendar

Membaca Kalendar

Didalam kalendar terdapat hari, bulan dan tahun.


Daripada kalendar di atas, 

1. Apakah bulan yang di tunjukkan? 

2. Apakah tahun yang ditunjukkan?

3. Apakah hari bagi tarikh 10.1.2007?

Didalam setahun ada berapa bulan? Kira dari kalendar di atas

Bilangan hari dalam setiap bulan?
Januari = 31 hari

Februari = 28 hari

Mac= 31 hari

April = 30 hari

Mei = 31 hari

Jun = 30 hari

Julai = 31 hari

Ogos= 31 hari

September = 30 hari

Oktober = 31 hari

November = 30 hari

Disember = 31 hari

Cara yang lebih mudah adalah:





Tuesday, 28 August 2012

Topik Masa

Jenis-jenis jam:

1. Jam Analog:




2,  Jam Digital:



Cara untuk membaca jam analog:

1. Perhatikan jarum pendek berada di mana, kemudian cari nombor yang paling hampir maka itulah dia jarum jam, iaitu yang menunjukkan jam ke berapa

2. Lihat jarum panjang pula.. Apabila jarum tersebut merupakan jarum minit yang menunjukkan nilai minit. menunjukkan ke arah 4 maka pada masa itu minit adalah 20. Berikut adalah nilai minit sekiranya jarum panjang menunjukkan nilai didalam jam tersebut:


12 = :00
1 =  :05
2 =  :10
3 =  :15
4 =  :20
5 =  :25
6 =  :30
7 =  :35
8 =  :40
9 =  :45
10 = :50
11 = :55


Contohnya:


 

Jarum pendek adalah antara 9 dan 10 maka jam tersebut adalah 9

Jarum panjang pula menunjukkan pada no 6. oleh itu.. 6x5=30..

Maka, jam tersebut menunjukkan pukul 9.30


Cuba jawab soalan dibawah:











Sunday, 19 August 2012

Tuesday, 14 August 2012

Tugasan

Cabaran Guru Semasa..


Tinta hati

Benarlah apa yang dikatakan dengan nama subjek bagi semester 8 kali ini, cabaran semasa. Bagi seorang yang tidak pernah mereka blog seperti saya. Tiba-tiba sahaja mendapat tugasan supaya membuat blog! Memang terkejut dan tidak pernah difikirkan membuat blog ini merupakan salah satu dari tugasan dan akan dinilai oleh pensyarah. Namun sesuai dengan tajuk subjek, CABARAN memang mencabar untuk membuat blog ini.

Cabaran,

Apabila mengaitkan guru dengan keadaan masa kini, tidak banyak guru menggunakan blog mereka sebagai salah satu cara untuk mengajar murid-murid. Oleh itu, memang seharusnya seorang bakal guru menyambut cabaran ini dengan membina satu blog yang dapat membantu murid-murid. Maka, peluang yang diberikan oleh IPGM ini akan saya sahut dan Insya-Allah akan dapat membantu bakal murid saya nanti ketika saya sudah ditempatkan ke sekolah.

Harapan,

Bukan sahaja bagi memenuhi kehendak tugasan yang diberikan, saya berharap blog ini akan saya terus gunakan sehingga bila-bila mengikut kesesuaian peredaran masa dan blog ini akan menjadi medan saya bagi berkongsi pengalaman sebagai seorang guru.