Tuesday, 11 September 2012

Video Penambahan Pecahan


Murid boleh merujuk kepada video tersebut bagi mendapatkan cara untuk menambahkan dalam pecahan

Sunday, 9 September 2012

Nombor bercampur


Nombor bercampur

Nombor bercampur ialah campuran nombor bulat dan pecahan wajar. Penambahan ini dinyatakan tanpa menggunakan tanda operasi seperti "+"; sebagai contoh, untuk merujuk 2 kek penuh dan 1 kek dengan 3 perempat bahagian, bahagian penuh dan bahagian pecahan itu ditulis bersebelahan. 2+\tfrac{3}{4}=2\tfrac{3}{4}.
Satu pecahan tak wajar boleh digunakan untuk menyatakan satu nombor bercampur, seperti 2\tfrac{3}{4}


Boleh dibayangkan yang setiap kek penuh itu dibahagikan kepada empat bahagian, menjadikan penyebut untuk kek penuh (nombor bulat) sama dengan penyebut kek yang telah dipotong, \tfrac{3}{4}. Jadi, setiap kek penuh diwakili dengan pecahan \tfrac{4}{4}, jadi \tfrac{4}{4}+\tfrac{4}{4}+\tfrac{3}{4}=\tfrac{11}{4} ialah cara lain untuk menulis nombor bercampur 2\tfrac{3}{4}.

  
Adakah nombor di atas ini nombor bercampur?


Pecahan Tidak Wajar

Pecahan tidak wajar terjadi apabila bilangan pengangka melebihi penyebut; contohnya:




Nombor pecahan tidak wajar amat mudah untuk dikenal pasti apabila melihat nombor di atas melebih i nombor di bawah.

Cuba teka adakah pecahan ini adalah pecahan tidak wajar atau wajar?


mudah kan?

Bagaimana pula untuk menggambarkan pecahan tersebut? 

Begini caranya:


  1. Langkah pertama adalah dengan mengira berapa banyak lorekan yang ada. Maka disini ada berapa?
  2. Kemudian cuba lihat  kedua-dua rajah tersebut ada berapa bahagian. Maka? 
  3. Oleh itu dengan mengira jumlah lorekan dapat mengetahui nilai PENGANGKA dan dengan melihat berapa bahagian maka itu adalah PENYEBUT.
Uji Minda kamu: Kira kan setiap dari rajah berikut apakah nilai pecahan tidak wajar,












Wednesday, 5 September 2012

Tajuk: Pecahan (Pecahan Wajar)

Pecahan merupakan nombor yang mewakili sebahagian daripada keseluruhan atau sekumpulan benda. Pecahan wajar merupakan nilai pecahan tidak melebihi daripada 1. Oleh itu jumlah pengangka tidak akan melebihi penyebut.

Dalam mengajar pecahan, perkara yang paling pertama yang perlu dilakukan adalah dengan menunjukkan bagaimanakah suatu pecahan tersebut.

Cara yang paling sesuai adalah dengan menggunakan bahan yang maujud.Berikut adalah bahan ABM (Alat Bantuan Mengajar) yang boleh digunakan iaitu Papan Pecahan Pai 

Papan Pecahan Pai


Dengan menggunakan ABM ini maka bolehlah menunjukkan pecahan dengan mudah.

Cuba teka setiap satu pecahan yang ada: Selamat Mencuba
















Saturday, 1 September 2012

Selamat Hari Lahir

Kepada setiap murid yang lahir pada bulan September iaitu:

Sumardi, Didi, Farhani,

Friday, 31 August 2012

Salam Kemerdekaan

Hari ini merupakan hari kemerdekaan yang disambut oleh rakyat Malaysia.

Tema Kemerdekaan kali ini adalah Janji Ditepati...

Cuba teka berapa banyak jumlah jalur dalam bendera kita Jalur Gemilang?

Berapakah jumlah jalur putih? dan jalur merah?

Selamat Mengira!

Tema kemerdekaan pada tahun ini... 

Dengan menggunakan Matematik. Pada tahun berapakah Malaysia merdeka?

Selamat Mengira!

Wednesday, 29 August 2012

Membaca Kalendar

Membaca Kalendar

Didalam kalendar terdapat hari, bulan dan tahun.


Daripada kalendar di atas, 

1. Apakah bulan yang di tunjukkan? 

2. Apakah tahun yang ditunjukkan?

3. Apakah hari bagi tarikh 10.1.2007?

Didalam setahun ada berapa bulan? Kira dari kalendar di atas

Bilangan hari dalam setiap bulan?
Januari = 31 hari

Februari = 28 hari

Mac= 31 hari

April = 30 hari

Mei = 31 hari

Jun = 30 hari

Julai = 31 hari

Ogos= 31 hari

September = 30 hari

Oktober = 31 hari

November = 30 hari

Disember = 31 hari

Cara yang lebih mudah adalah:





Tuesday, 28 August 2012

Topik Masa

Jenis-jenis jam:

1. Jam Analog:




2,  Jam Digital:



Cara untuk membaca jam analog:

1. Perhatikan jarum pendek berada di mana, kemudian cari nombor yang paling hampir maka itulah dia jarum jam, iaitu yang menunjukkan jam ke berapa

2. Lihat jarum panjang pula.. Apabila jarum tersebut merupakan jarum minit yang menunjukkan nilai minit. menunjukkan ke arah 4 maka pada masa itu minit adalah 20. Berikut adalah nilai minit sekiranya jarum panjang menunjukkan nilai didalam jam tersebut:


12 = :00
1 =  :05
2 =  :10
3 =  :15
4 =  :20
5 =  :25
6 =  :30
7 =  :35
8 =  :40
9 =  :45
10 = :50
11 = :55


Contohnya:


 

Jarum pendek adalah antara 9 dan 10 maka jam tersebut adalah 9

Jarum panjang pula menunjukkan pada no 6. oleh itu.. 6x5=30..

Maka, jam tersebut menunjukkan pukul 9.30


Cuba jawab soalan dibawah:











Sunday, 19 August 2012

Tuesday, 14 August 2012

Tugasan

Cabaran Guru Semasa..


Tinta hati

Benarlah apa yang dikatakan dengan nama subjek bagi semester 8 kali ini, cabaran semasa. Bagi seorang yang tidak pernah mereka blog seperti saya. Tiba-tiba sahaja mendapat tugasan supaya membuat blog! Memang terkejut dan tidak pernah difikirkan membuat blog ini merupakan salah satu dari tugasan dan akan dinilai oleh pensyarah. Namun sesuai dengan tajuk subjek, CABARAN memang mencabar untuk membuat blog ini.

Cabaran,

Apabila mengaitkan guru dengan keadaan masa kini, tidak banyak guru menggunakan blog mereka sebagai salah satu cara untuk mengajar murid-murid. Oleh itu, memang seharusnya seorang bakal guru menyambut cabaran ini dengan membina satu blog yang dapat membantu murid-murid. Maka, peluang yang diberikan oleh IPGM ini akan saya sahut dan Insya-Allah akan dapat membantu bakal murid saya nanti ketika saya sudah ditempatkan ke sekolah.

Harapan,

Bukan sahaja bagi memenuhi kehendak tugasan yang diberikan, saya berharap blog ini akan saya terus gunakan sehingga bila-bila mengikut kesesuaian peredaran masa dan blog ini akan menjadi medan saya bagi berkongsi pengalaman sebagai seorang guru.