Tuesday, 11 September 2012
Sunday, 9 September 2012
Nombor bercampur
Nombor bercampur
Nombor bercampur ialah campuran nombor bulat dan pecahan wajar. Penambahan ini dinyatakan tanpa menggunakan tanda operasi seperti "+"; sebagai contoh, untuk merujuk 2 kek penuh dan 1 kek dengan 3 perempat bahagian, bahagian penuh dan bahagian pecahan itu ditulis bersebelahan. .
Satu pecahan tak wajar boleh digunakan untuk menyatakan satu nombor bercampur, seperti .
Boleh dibayangkan yang setiap kek penuh itu dibahagikan kepada empat bahagian, menjadikan penyebut untuk kek penuh (nombor bulat) sama dengan penyebut kek yang telah dipotong, . Jadi, setiap kek penuh diwakili dengan pecahan , jadi ialah cara lain untuk menulis nombor bercampur .
Adakah nombor di atas ini nombor bercampur?
Pecahan Tidak Wajar
Pecahan tidak wajar terjadi apabila bilangan pengangka melebihi penyebut; contohnya:
Nombor pecahan tidak wajar amat mudah untuk dikenal pasti apabila melihat nombor di atas melebih i nombor di bawah.
Cuba teka adakah pecahan ini adalah pecahan tidak wajar atau wajar?
mudah kan?
Bagaimana pula untuk menggambarkan pecahan tersebut?
Begini caranya:
- Langkah pertama adalah dengan mengira berapa banyak lorekan yang ada. Maka disini ada berapa?
- Kemudian cuba lihat kedua-dua rajah tersebut ada berapa bahagian. Maka?
- Oleh itu dengan mengira jumlah lorekan dapat mengetahui nilai PENGANGKA dan dengan melihat berapa bahagian maka itu adalah PENYEBUT.
Uji Minda kamu: Kira kan setiap dari rajah berikut apakah nilai pecahan tidak wajar,
Wednesday, 5 September 2012
Tajuk: Pecahan (Pecahan Wajar)
Pecahan merupakan nombor yang mewakili sebahagian daripada keseluruhan atau sekumpulan benda. Pecahan wajar merupakan nilai pecahan tidak melebihi daripada 1. Oleh itu jumlah pengangka tidak akan melebihi penyebut.
Dalam mengajar pecahan, perkara yang paling pertama yang perlu dilakukan adalah dengan menunjukkan bagaimanakah suatu pecahan tersebut.
Cara yang paling sesuai adalah dengan menggunakan bahan yang maujud.Berikut adalah bahan ABM (Alat Bantuan Mengajar) yang boleh digunakan iaitu Papan Pecahan Pai
Papan Pecahan Pai
Dengan menggunakan ABM ini maka bolehlah menunjukkan pecahan dengan mudah.
Cuba teka setiap satu pecahan yang ada: Selamat Mencuba
Saturday, 1 September 2012
Friday, 31 August 2012
Salam Kemerdekaan
Hari ini merupakan hari kemerdekaan yang disambut oleh rakyat Malaysia.
Tema Kemerdekaan kali ini adalah Janji Ditepati...
Cuba teka berapa banyak jumlah jalur dalam bendera kita Jalur Gemilang?
Berapakah jumlah jalur putih? dan jalur merah?
Selamat Mengira!
Tema kemerdekaan pada tahun ini...
Dengan menggunakan Matematik. Pada tahun berapakah Malaysia merdeka?
Selamat Mengira!
Wednesday, 29 August 2012
Membaca Kalendar
Daripada kalendar di atas,
1. Apakah bulan yang di tunjukkan?
2. Apakah tahun yang ditunjukkan?
3. Apakah hari bagi tarikh 10.1.2007?
Didalam setahun ada berapa bulan? Kira dari kalendar di atas
Bilangan hari dalam setiap bulan?
Januari = 31 hari
Februari = 28 hari
Mac= 31 hari
April = 30 hari
Mei = 31 hari
Jun = 30 hari
Julai = 31 hari
Ogos= 31 hari
September = 30 hari
Oktober = 31 hari
November = 30 hari
Disember = 31 hari
Cara yang lebih mudah adalah:
Subscribe to:
Posts (Atom)